Selamat Datang

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Kami merupakan jurugambar untuk majlis-majlis seperti "Pertunangan, Perkahwinan, Berandoi, Makan Malam,Family Day,Gathering" dan sebagainya. Kami menawarkan pakej-pakej yang berpatutan dan bersesuaian dengan anda.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej yang di beri sila hubungi kami seperti yang tertera di bawah.
Selain itu kami juga menerima untuk membuat "flyers",kad perniagaan dan buku menu. Kami juga dalam proses untuk menerima tempahan baju.
Sekian,terima kasih

Infinity Slides

Konsert Otai Rock Di Laman Santai Istana Budaya

Santapan hiburan malam minggu yang terbaik yang pernah di tonton lagi-lagi secara live bersama otai-otai rock dari tahun 80an & 90an.Dengan penuh santai bersama keluarga tersayang serta rakan-rakan,tidak dinafikan semua penonton sangat berpuas hati dengan persembahan otai-otai ini. 

Barisan-barisan 10 otai seperti Ayie (Leon),Blank(Gamma),Nizam(Laksamana),Afee(U-tophia),Ali(Tera Rossa / XPDC),Gmie(Screen),Elly(Axl),Shidi(Data),Rahmad(Mega) dan Ezad Lazim(Exists).Semua persembahan otai-otai di iringi oleh band Istana Budaya iaitu Refflesia.Tepat Jam 9.00malam persembahan bermula oleh persembahan artis Laman Santai Istana Budaya dan di ikuti oleh otai-otai yang mempersembahkan lagu popular dari kumpulan masing-masing.

1.Ayie (Leon) - Despinado / Balasan Janji Kasihmu
2.Blank (Gamma)- Bahang Asmara / Kembang Terhalang
3.Nizam (Laksamana) - Akulah Mentarimu / Gugurnya Bunga Cinta
4. Elly (Axl's) - Akulah Kekasihmu / Andai Dapat Ku U
5.Afee (U-tophia) - Maya Percintaan / Mithali Cintaku
6.Shidi (Data) - Nyanyian Rindu Buat Kekasih / Permaisuri
7. Gmie (Screen) - Bila Kau Kata Kau Sayang / Bila Cinta Di Dusta
8. Ali (Terra Rosa / XPDC) - Gering / Bunga Angkasa
9. Rahmad (Mega) - Nina Karina / Bayangan Gurauan
10.Ezad Lazim - Menggapai Bintang / Percintaan Ini

Konsert juga diserikan dengan persembahan tarian dari penari Istana Budaya dan terdapat juga kejutan sambutan hari jadi yang ke-47 Afee Utophia. Kami dari Infinity Pixel Photography mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Abg.Afee.

Teruskan layari,masih banyak lagi gambar yang akan di upload lagi.









 

Separuh Akhir Minggu ke-2 Muzik-Muzik 26


Teruja dan gembira dapat menyaksikan separuh akhir kedua Muzik-Muzik 26. Dengan barisan percalonan yang agak sengit dan terbaik.

1-Kurnia – Mizz Nina | Noh Hujan
2-Kekanda Adinda -Atilia | Monoloque
3-Cinta Muka Buku – Najwa Latif
4-Luar Biasa – Shahir
5-Perpisahan Ini – 1st Edition | Nubhan
6-Cinta Teragung – Hazama
7-Pokok – MUH | Nubhan
8-Sungai Lui – Aizat
9-Bagaikan Bidadari – Tomok
10-Ilusi – Adira

11-Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol

Persembahan pertama dimulakan dengan Noh dan Miz Nina dengan lagu Kurnia. Boleh tahan juga suara suami isteri ni dengan persembahan selambe yang diakhiri dengan Noh cium dahi Miz Nina (adakah ok itu????xpelah,dah tentu-tentu mereka 'hubby and wife').

Noh dan Miz Nina

Persembahan Najwa Latif juga tidak mengecewakan. Sememangnya SJR menanti persembahan adik comel seorang ni,ternyata persembahannya amat tenang dan selambe seolah bukan dalam pertandingan.Bagus to Najwa,elak gemuruh.


Berikut adalah keputusan juri untuk lagu yang tersenarai untuk 5 terbaik malam tersebut

1. Cinta Teragung – Hazama
2. Sungai Lui – Aizat
3. Cinta Muka Buku – Najwa Latif
4. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
5. Kekanda Adinda -Atilia & Monoloque

Tahniah kepada yang tercalon untuk top 5,pada yang tidak berjaya,sabar mungkin ada rezeki nanti.






Najwa Latif Awesome Friends...Terbaiklah korg semua








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...