Selamat Datang

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Kami merupakan jurugambar untuk majlis-majlis seperti "Pertunangan, Perkahwinan, Berandoi, Makan Malam,Family Day,Gathering" dan sebagainya. Kami menawarkan pakej-pakej yang berpatutan dan bersesuaian dengan anda.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej yang di beri sila hubungi kami seperti yang tertera di bawah.
Selain itu kami juga menerima untuk membuat "flyers",kad perniagaan dan buku menu. Kami juga dalam proses untuk menerima tempahan baju.
Sekian,terima kasih

Infinity Slides

 Promosi terbaru dari Infinity Shoppe (DZ Infinity Enterprise)

Perlawanan Persahabatan Bowling di antara 
Wanita Parlimen Wangsa Maju & Pasukan Bakat Kem Wardieburn
30 March,2013 di Wangsa Walk,Wangsa Maju.  

Hi kawan-kawan,
Terima kasih kerana sudi melawat blog SJR...mungkin sudah agak terlewat namun SJR tetap ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.Kelewatan SJR untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kerana kesibukan yang teramat pada awal tahun sehingga sekarang.Terlalu banyak keajaiban tahun ini.SJR dapat sahabat baru dari NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti Srikandi Malaysia,Prihatin, KEMUDA dan sebagainya.SJR juga berbangga telah di lantik sebagai Timbalan Setiusaha Agung Srikandi Malaysia yang berkuatkuasa Januari 2013 tetapi SJR memohon jutaan maaf kerana tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik kerana terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan lain.

Tahun 2013 adalah tahun yang amat bermakna buat SJR,momentum tahun ini amat baik iaitu DZ Infinity Enterprise telah terlibat secara lansung dalam "Konsert Rock Legend" di Stadium Chin Woo (asal di KL Live) pada 16 March,2013 yang lalu. Banyak yang SJR pelajari sepanjang tempoh perlaksanaan konsert itu dan banyak juga pengajaran dalam menjalani hari-hari mendatang.

Tahun ini juga SJR gembira kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik dalam SJR memajukan diri,syarikat,pergaulan dan komunikasi.Di harap semua rakan dapat membantu SJR dalam hal ini.Tegur mana yang tidak patut SJR lakukan demi sekeliling SJR.

Akhirnya,InsyaAllah dari masa ke semasa SJR akan cuba update blog Infinity Pixel ini dengan lebih kerap lagi.Sehingga saat itu,"Do the Right Thing",senyum dan ceria selalu [SJR]

Cetusan Rasa Infinity

Terlalu banyak yang dilalui dan dijalani sepanjang 6 bulan pertama 2012 ini.Mungkin ini semua dugaan dan pesanan dari-Nya yang maha mengetahui dan maha mengasihani.Banyak perkara yang dapat di pelajari,dari ditipu oleh "Conman"2 yang depannya nampak baik tapi dalam hati Allah saja yang tahu,kehilangan insan tersayang,kedatangan orang yang tak disangka-sangka dalam hidup,diperguna,diperlekeh,dihina,dicerca, dipandang rendah,disayangi,dibenci dan macam-macam lagi namun semua itu bukan penghalang buat kami untuk hilang semangat juang dalam menaikkan taraf hidup dan mencapai cita-cita malah ia menjadi pembakar semangat yang terbaik.Terima kasih kepada yang menipu,yang memberi nasihat,yang memberi sokongan.anda semua adalah yang terbaik tanpa kalian kami tidak akan terus melangkah dan terus melangkah.Doakan kejayaan kami dan berilah tunjuk ajar jika kami tidak betul dan tegurlah kami jika salah.Sekian,terima kasih semua....Kami sayang anda semua.

Konsert Otai Rock Di Laman Santai Istana Budaya

Santapan hiburan malam minggu yang terbaik yang pernah di tonton lagi-lagi secara live bersama otai-otai rock dari tahun 80an & 90an.Dengan penuh santai bersama keluarga tersayang serta rakan-rakan,tidak dinafikan semua penonton sangat berpuas hati dengan persembahan otai-otai ini. 

Barisan-barisan 10 otai seperti Ayie (Leon),Blank(Gamma),Nizam(Laksamana),Afee(U-tophia),Ali(Tera Rossa / XPDC),Gmie(Screen),Elly(Axl),Shidi(Data),Rahmad(Mega) dan Ezad Lazim(Exists).Semua persembahan otai-otai di iringi oleh band Istana Budaya iaitu Refflesia.Tepat Jam 9.00malam persembahan bermula oleh persembahan artis Laman Santai Istana Budaya dan di ikuti oleh otai-otai yang mempersembahkan lagu popular dari kumpulan masing-masing.

1.Ayie (Leon) - Despinado / Balasan Janji Kasihmu
2.Blank (Gamma)- Bahang Asmara / Kembang Terhalang
3.Nizam (Laksamana) - Akulah Mentarimu / Gugurnya Bunga Cinta
4. Elly (Axl's) - Akulah Kekasihmu / Andai Dapat Ku U
5.Afee (U-tophia) - Maya Percintaan / Mithali Cintaku
6.Shidi (Data) - Nyanyian Rindu Buat Kekasih / Permaisuri
7. Gmie (Screen) - Bila Kau Kata Kau Sayang / Bila Cinta Di Dusta
8. Ali (Terra Rosa / XPDC) - Gering / Bunga Angkasa
9. Rahmad (Mega) - Nina Karina / Bayangan Gurauan
10.Ezad Lazim - Menggapai Bintang / Percintaan Ini

Konsert juga diserikan dengan persembahan tarian dari penari Istana Budaya dan terdapat juga kejutan sambutan hari jadi yang ke-47 Afee Utophia. Kami dari Infinity Pixel Photography mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Abg.Afee.

Teruskan layari,masih banyak lagi gambar yang akan di upload lagi.

Separuh Akhir Minggu ke-2 Muzik-Muzik 26

Teruja dan gembira dapat menyaksikan separuh akhir kedua Muzik-Muzik 26. Dengan barisan percalonan yang agak sengit dan terbaik.

1-Kurnia – Mizz Nina | Noh Hujan
2-Kekanda Adinda -Atilia | Monoloque
3-Cinta Muka Buku – Najwa Latif
4-Luar Biasa – Shahir
5-Perpisahan Ini – 1st Edition | Nubhan
6-Cinta Teragung – Hazama
7-Pokok – MUH | Nubhan
8-Sungai Lui – Aizat
9-Bagaikan Bidadari – Tomok
10-Ilusi – Adira

11-Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol

Persembahan pertama dimulakan dengan Noh dan Miz Nina dengan lagu Kurnia. Boleh tahan juga suara suami isteri ni dengan persembahan selambe yang diakhiri dengan Noh cium dahi Miz Nina (adakah ok itu????xpelah,dah tentu-tentu mereka 'hubby and wife').

Noh dan Miz Nina

Persembahan Najwa Latif juga tidak mengecewakan. Sememangnya SJR menanti persembahan adik comel seorang ni,ternyata persembahannya amat tenang dan selambe seolah bukan dalam pertandingan.Bagus to Najwa,elak gemuruh.

Berikut adalah keputusan juri untuk lagu yang tersenarai untuk 5 terbaik malam tersebut

1. Cinta Teragung – Hazama
2. Sungai Lui – Aizat
3. Cinta Muka Buku – Najwa Latif
4. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
5. Kekanda Adinda -Atilia & Monoloque

Tahniah kepada yang tercalon untuk top 5,pada yang tidak berjaya,sabar mungkin ada rezeki nanti.

Najwa Latif Awesome Friends...Terbaiklah korg semua

Pelancaran Penjenamaan Semula REDBOX dan OMG gempak

Sabtu lepas 12/11/2011 jam 2.30 petang,IPP telah berjaya mendapatkan pass OMG gempak sempena Pelancaran Wajah Baru Red Box Ria & Showcase Omg Gempak!...Tahniah buah Redbox,thanks to K.Sariah dari Life Records kerana telah bersusah payah mendapatkan pass tersebut untuk SJR dan Mr Ajax. Turut serta our best friends Ieza Huri dan Mr Wonderpets(Zack).Di sebabkan lewat terpaksa berdiri di belakang tapi best dapat lepak dengan hubby Kak Ning Baizura kita Mr Dalton a.k.a Omar Sharif huhuhu..

Kumpulan Tiga

Najwa Latif yang comelll

SJR bersama Ning Baizura

Ieza Huri bersama Ning Baizura

Alamak terasa 'tinggi'lah sgt...huhuhuh
SJR bersama 'hubby Ning'

SJR bersama Ieza Huri

Fourteen

Majlis bermula jam 3.00 petang yang di hoskan oleh Dj Lin dari Suria FM dan Yanie dari KRU studio,memang gempak giler dengan barisan artis naungan KRU iaitu Kumpulan Tiga,Chomel Fana,Iqa (Mentor) dan paling yang dinantikan hari tersebut kumpulan Fourteen yang menjadi kegilaan ramai.Selain itu pernampilan istimewa oleh Ning Baizura dan penyanyi kecil molek Najwa Latif. 
Persembahan dimulakan oleh Ning Baizura,memang Gempakkkk...Ning dalam proses persiapan untuk konsertnya Ning @ KL Live yang bertemakan Flora pada 2 Disember nanti.SJR sememangnya menantikan persembahan dari Najwa Latif yang sopan berbaju kurung hijau. Kagum dengan persembahannya diselitkan dengan celotehnya...sangat comel,terbaiklah Njawa Latif.Persembahan di akhiri dengan persembahan dari kumpulan Fourteen yang membawakan 3 buah lagu yang diakhiri dengan lagu kegemaran pendengar masa kini "Berdua Bersatu",boleh tahan persembahan mereka.Tahniah buat Redbox sempena penjenamaan semula dan KRU studio yang menampilkan persembahan hebat untuk tatapan peminat yang hadir.Rugi kepada yang tak pergi walaupun dapat pass.
Semoga Redbox dapat memberikan servis terbaik untuk kami semua peminat karaoke.

Terima Kasih KRU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...