Promosi terbaru dari Infinity Shoppe (DZ Infinity Enterprise)
Bukan sekadar jurufoto dengan kamera pra-profesionalnya tetapi dengan wangian yang tiada tandingannya....-SJR- It's no just intermediate photographer but with the fragrant in the world,get it and try it...-SJR-
Selamat Datang
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Kami merupakan jurugambar untuk majlis-majlis seperti "Pertunangan, Perkahwinan, Berandoi, Makan Malam,Family Day,Gathering" dan sebagainya. Kami menawarkan pakej-pakej yang berpatutan dan bersesuaian dengan anda.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej yang di beri sila hubungi kami seperti yang tertera di bawah.
Selain itu kami juga menerima untuk membuat "flyers",kad perniagaan dan buku menu. Kami juga dalam proses untuk menerima tempahan baju.
Sekian,terima kasih
Infinity Slides
Hi kawan-kawan,
Terima kasih kerana sudi melawat blog SJR...mungkin sudah agak terlewat namun SJR tetap ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.Kelewatan SJR untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kerana kesibukan yang teramat pada awal tahun sehingga sekarang.Terlalu banyak keajaiban tahun ini.SJR dapat sahabat baru dari NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti Srikandi Malaysia,Prihatin, KEMUDA dan sebagainya.SJR juga berbangga telah di lantik sebagai Timbalan Setiusaha Agung Srikandi Malaysia yang berkuatkuasa Januari 2013 tetapi SJR memohon jutaan maaf kerana tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik kerana terlalu sibuk dengan tugasan-tugasan lain.
Tahun 2013 adalah tahun yang amat bermakna buat SJR,momentum tahun ini amat baik iaitu DZ Infinity Enterprise telah terlibat secara lansung dalam "Konsert Rock Legend" di Stadium Chin Woo (asal di KL Live) pada 16 March,2013 yang lalu. Banyak yang SJR pelajari sepanjang tempoh perlaksanaan konsert itu dan banyak juga pengajaran dalam menjalani hari-hari mendatang.
Tahun ini juga SJR gembira kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik dalam SJR memajukan diri,syarikat,pergaulan dan komunikasi.Di harap semua rakan dapat membantu SJR dalam hal ini.Tegur mana yang tidak patut SJR lakukan demi sekeliling SJR.
Akhirnya,InsyaAllah dari masa ke semasa SJR akan cuba update blog Infinity Pixel ini dengan lebih kerap lagi.Sehingga saat itu,"Do the Right Thing",senyum dan ceria selalu [SJR]
Subscribe to:
Posts (Atom)